Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik. Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda
Blog ini direka untuk berkongsi ilmu berkaitan bidang Automotif. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Ulasan
Catat Ulasan