Keadaan ini
menyebabkan roda stereng berayun mengikut arah jam dan lawan arah jam, sama
seperti stereng bergetar, tetapi ia berlaku pada kelajuan yang lebih rendah,
secara umumnya kurang dari 80km/h. Keadaan ini dapat dikesan apabila kenderaan
dipandu di atas jalan yang tidak rata atau membrek dengan menggunakan tayar
atau brek yang telah haus.
Punca utama:
- Jalan berbonggol.
- Tayar berubah bentuk atau getaran yang terputus – putus semasa membrek dengan tayar atau pelapik brek yang telah haus.
- Resonans yang terhasil pada tayar, sistem stereng dan sistem gantungan.
- Kehausan pada sistem perangkai stereng (steering linkages), kadar rintangan berkurangan akibat daripada kehausan atau sistem perangkai yang terlalu keras.
Bonggol jalan,
ubah bentuk tayar atau ayunan menegak semasa membrek menghasilkan getaran di
sekitar cemat agung hadapan (front kingpin), keadaan ini menyebabkan roda
stereng bergoncang. Komponen stereng yang memindahkan getaran dan punca getaran
adalah sama seperti punca yang menyebabkan stereng bergetar.
Walaupun stereng
bergetar dan bergoncang kelihatan hampir serupa, ia berpunca dari tempat yang
berbeza.
Getaran stereng
terhasil pada roda stereng apabila sistem stereng bergetar akibat daripada
getaran tayar yang dihasilkan oleh tayar yang tidak seragam, tidak seimbang
atau runout.
Gegaran stereng
terjadi akibat daripada ayunan yang terhasil semasa melalui jalan berbonggol
atau membrek.
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: Phenomenon
and Causes (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Ulasan
Catat Ulasan