Langkau ke kandungan utama

Kenderaan elektrik (EV)



Kenderaan elektrik (EV) ialah kenderaan yang digerakkan dengan menggunakan   tenaga elektrik secara penuh atau sebahagiannya dengan menggunakan kuasa elektrik.

Kenderaan elektrik dicipta untuk mengurangkan pencemaran sebagaimana yang dihasilkan oleh enjin pembakaran dalam, merupakan sumber alternatif kepada enjin yang berasas petrol. 



Kelebihan kenderaan elektrik 
  • Penggunaan tenaga yang cekap 
Kenderaan elektrik menukarkan 59-62% tenaga elektrik yang diperoleh daripada bekalan kuasa elektrik kepada kuasa untuk mengerakkan roda. Kenderaan konvensional hanya menukarkan 17-21% dari tenaga yang dihasilkan oleh enjin kepada kuasa untuk mengerakkan roda.


  • Mesra alam 
EV tidak menghasilkan gas ekzos, ini menyebabkan tiada pencemaran ke udara.



  • Peningkatan prestasi 
Motor elektrik menghasilkan pergerakan yang senyap, lancar dan pecutan yang lebih cepat, ia juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap sepertimana enjin pembakaran dalam.



  • Mengurangkan pergantungan kepada bahan api 
Sistem ini menggunakan bekalan elektrik rumah.



Masalah utama yang dihadapi oleh EV ialah berkaitan bateri:

  • Jarak pemanduan 
Pada masa ini kebanyakan EV hanya boleh dipandu sejauh 100 – 200 batu sebelum bateri perlu dicas semula. Kenderaan yang menggunakan bahan api boleh mencapai sehingga 300 batu sebelum perlu mengisi minyak semula.


  • Masa mengecas 
Tempoh masa mengecas penuh ialah di antara 4 hingga 8 jam. Cas cepat (80% penuh) mengambil masa 30 min.


  • Harga bateri 
Kos bateri adalah mahal dan ia mungkin perlu ditukar sebanyak beberapa kali di dalam hayat kenderaan.


  • Berat dan saiz bateri 
Bateri EV mempunyai saiz yang besar dan berat ini menyebabkan ruang kenderaan sedia ada berkurangan.




__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas