Langkau ke kandungan utama

EV Motor/generator





Istilah motor/generator digunakan untuk menggantikan alternator, eletric motor dan starter motor. Apabila motor elektrik digerakkan secara mekanikal ia berfungsi sebagai generator atau alternator. Apabila motor digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik ia berfungsi sebagai sistem pacuan. Motor/generator yang digunakan dalam kenderaan elektrik disejukkan dengan menggunakan air atau udara. 

Dalam kenderaan hibrid motor/generator turut berfungsi sebagai motor penghidup.
Kenderaan elektrik boleh menggunakan sama ada motor arus terus (DC) atau motor ulang-alik (AC):

  • Motor DC digunakan pada forklif, dengan 96 hingga 192 volt.
  • Motor AC menggunakan arus terus 3 fasa yang boleh digerakkan dengan 240 volt AC dengan menggunakan bateri yang boleh menampung sehingga 300 volt.

 








Motor 3 fasa biasa digunakan sebagai motor/generator. Motor ini digerakkan dengan menggunakan arus ulang-alik (AC current) 3 fasa. Ia terdiri daripada 3 buah gegelung yang disusun dalam bentuk bulatan mengelilingi rotor yang dipanggil sebagai stator dan setia satunya disambung kepada satu daripada 3 fasa. Beberapa pasang magnet kekal dipasang pada rotor dalam motor jenis motor jenis segerak (synchronous).  Oleh sebab arus dibekalkan kepada gegelung mengikut turutan, medan elektrik yang terhasil akan mengerakkan motor berputar untuk mengerakkan kenderaan.


Apabila digunakan sebagai alternator, pergerakan rotor menghasilkan voltan arus ulang-alik 3 fasa dalam gegelung yang akan ditukarkan kepada arus terus untung mengecas bateri voltan tinggi. Pada kebiasaannya motor segerak digunakan dalam kenderaan elektrik. Motor ini boleh dikawal dengan lebih baik berbanding motor tidak segerak.



1.    Motor/generator.
2.    Rotor.
3.    Stator.
4.    Power electronic.
5.    High voltage battery



Motor/generator tidak menghasilkan bunyi yang kuat serta menghasilkan pencemaran. Ia mampu memberikan respons yang cepat dan mempunyai kadar pecutan serta kecekapan yang tinggi. Sistem ini tidak memerlukan sebarang kotak gear (kenderaan elektrik). Arah gerakan kenderaan dikawal dengan mengubah aras pengaliran arus ke dalam motor. Apabila motor berputar mengikut arah jam kenderaan akan bergerak ke hadapan dan apabila motor berputar arah lawan jam kenderaan mengundur  ke belakang.

Motor elektrik boleh dihidupkan secara automatik dengan tanpa menggunakan motor penghidup. Ia juga mempunyai binaan yang lebih mudah serta bilangan komponen bergerak yang kurang berbanding enjin pembakaran dalam. Hanya rotor yang terdiri daripada magnet kekal yang berputar dalam motor. Tiada jisim yang bergetar seperti mana enjin pembakaran dalam. Penggunaan minyak pelincir juga adalah tidak diperlukan.

Motor/generator dilengkapi dengan gegelung stator yang menghasilkan medan magnet berputar untuk memutarkan motor. Apabila motor/generator bertindak sebagai generator,  magent kekal yang terdapat pada rotor akan menghasilkan medan magent. Kelajuan motor dikawal oelh frekuensi arus terus yang dibekalkan. Frequency inverter digunakan untuk mengawal kelajuan motor. Rotor position sensor berfungsi untuk mengesan kedudukan motor. Unit kawalan menggunakan isyarat ini untuk mengira kelajuan putaran sebenar. Jika motor beroperasi sebagai generator ia digerakkan oleh sistem penghantaran. Apabila medan magnet yang dihasilkan oleh rotor berputar melalui gegelung stator, voltan akan dihasilkan pada setiap gegelung fasa. Medan magnet rotor mengalir melalui rotor mengikut turutan. Voltan yang terhasil digunakan untuk mengecas bateri voltan tinggi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas