Langkau ke kandungan utama

Sistem penegang keselamatan jenis kabel (Cable-type safety belt pre-tensioners)



Sistem bertindak secara mekanikal pada nilai nyah pecutan tertentu. Ia tidak mempunyai kaitan dengan sistem airbag. Rajah di bawah menunjukkan binaan sistem penegang tali keselamatan jenis kabel. 


Sistem terdiri daripada sebuah modul yang dikenali sebagai belt inertia reel. Sistem ini dipasang di dalam sebuah tiub pelindung yang di tutup dengan menggunakan bearing cap. Kabel dipasang pada pelocok (plunger). Kabel digulung dalam ruang penyimpanan kabel yang terletak di atas tiub pelindung (protective tube). 



Unit  pra tegang terdiri daripada:

  • Sistem sensor yang dibentuk dengan menggunakan sistem jisim spring.
  • Penjana gas dengan penjana gas piroteknik.
  • Pelocok yang disambung dengan kabel yang terletak dalam tiub tekanan.


Jika nyahpecutan berlaku melebihi nilai tertentu semasa pelanggaran, mass sensor akan mula bergerak untuk melawan daya spring.  Mass sensor terdiri daripada sensor carrier, penjana gas piroteknik, impact spring, pelocok dan tiub tekanan. 


Jika sensor carrier telah bergerak melebihi had tertentu semasa sensor spring termampat, penajan gas akan dibebaskan. Tegangan yang terhasil pada impact spring akan menyebabkan spring bergerak ke arah impact pin yang terdapat di dalam impact plate. Apabila gas generator dilanggar oleh impact pin, gas akan terhasil. Gas dialirkan dengan cepat ke dalam tiub tekanan dan menolak pelocok dan kabel ke bawah.






A             Unit sensor yang terdiri daripada sensor mass, silinder tekanan, pelocok dan penjana gas 
                bergerak mengikut arah pergerakan sehingga lock ball melanggar sensor head.

B             Lock ball membebaskan penjana gas (gas generator) dan menolakknya ke arah impact bolt.

C             Apabila impact bolt melanggar penjana gas, gas akan terbakar.

D             Tekanan yang terhasil akan memisahkan pelocok daripada sensor mass.

E             Semasa proses pengembangan, pelocok akan menarik kabel keluli ke atas sebanyak 6 inci  
                (130 mm); bearing cap akan tertanggal.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas