Jika bahan yang
digunakan untuk menghasilkan pendakap (mounting bracket) untuk pengulang alik
(alternator), pam stereng kuasa atau pemampat sistem penyejuk udara (air
conditioner compressor) atau bahan yang digunakan tidak kukuh, ia akan bergetar
dengan getaran enjin. Getaran ini akan dipindahkan kepada pencagak enjin ke
badan kenderaan dan menghasilkan bunyi dentuman badan kenderaan.
Dentuman badan
kenderaan mungkin berhubung dengan kelajuan enjin atau kenderaan tertentu. Ia
oleh ditentukan dengan kaedah berikut:
- Adakah ia berlaku semasa kenderaan tidak bergerak (enjin hidup)?
- Adakah ia berlaku semasa kenderaan sedang bergerak?
Rujukan:
Diagnosis Master Technician - Fundamentals of NVH: What is
NVH? (2003), TOYOTA MOTOR CORPORATION
Ulasan
Catat Ulasan