Jenis – jenis bateri kenderaan



Bateri kenderaan boleh dikelaskan kepada 4 jenis iaitu:

  • Bateri sel basah. 
  • Bateri Valve Regulated Lead Acid (VRLA)
  •  Bateri gel. 
  • Bateri Absorbent Glass Mat (AGM).
Bateri sel basah ialah bateri yang menggunakan elektrolit cecair.  Ia dilengkapi dengan penutup boleh tanggal untuk tujuan penyelenggaraan atau tanpa penutup atau tudung (bebas penyelenggaraan).



Kelebihan:
  • Harga berpatutan. 
  • Mudah didapati. 
  • Sesuai untuk ditempatkan diruang nejin.
Kelemahan:

  • Paras elektrolit perlu diperiksa semasa membuat penyelenggaraan. 
  • Terdedah kepada risiko kebocoran.
 
Gas yang terhasil semasa proses mengecas bateri sel basah dialirkan melalui lubang gas sepusat.  Gas ini akan dialirkan ke salah satu daripada salur keluar yang terdapat pada penutup bateri. Jika terdapat 2 buah salur keluar, salah satunya akan ditutup. Untuk bateri yang dilengkapi dengan penutup sel, O ring digunakan untuk menghalang elektrolit dari terlepas keluar, jika ini berlaku ia boleh merosakkan bateri akibat dari kakisan asid. Apabila mengecas bateri sel basah yang mempunyai penutup boleh tanggal, jangan tanggalkan penutup tersebut.


Bateri Valve Regulated Lead Acid (VRLA) menggunakan elektrolit beku.  Penutup sel tidak boleh dibuka. Gas ditukarkan kepada air dalam setiap sel.

Kelebihan bateri VRLA:

  • Tidak perlu penyelenggaraan. 
  • Tidak perlu memeriksa atau menambah elektrolit.
 Kelemahan:

  • Jika bateri dicas secara berlebihan, gas akan dilepaskan melalui injap keselamatan.
  •  Oleh sebab kehilangan elektrolit tidak boleh diganti, bateri akan rosak setelah suatu jangka masa. 
  • Sentiasa gunakan pengecas bateri yang mempunyai tahap cas maksimum 14.4 volt semasa mengecas bateri VRLA.
Penutup sel tidak boleh tanggal membenarkan tekanan gas berlebihan dilepaskan melalui saluran gas sepusat.


Elektrolit beku dalam bateri gel adalah berbentuk gel (jelly), ia terhasil daripada campuran asid sulfurik dan asid silisik.

Bateri ini dikelaskan sebagai bateri VRLA kerana ia mempunyai cara pembebasan gas yang sama. Asid fosforus dalam elektrolit untuk bateri gel meningkatkan atau mengurangkan kapasiti mengecas selepas bateri digunakan untuk tempoh masa yang lama. Gas yang terhasil semasa proses mengecas dialirkan keluar ke atmosfera melalui lubang yang terdapat pada penutup bateri.


 






Kelebihan:

  • Mengatasi masalah bocor. 
  • Kapasiti mengecas dan nyah cas tinggi. 
  • Bebas penyelenggaraan. 
  • Kadar pembentuk gas rendah.


Kelemahan:

  • Sukar dihidupkan semasa cuaca sejuk. 
  • Harga mahal. 
  • Sukar didapati. 
  • Tidak sesuai diletakkan dalam ruang enjin yang panas.

 
 __________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid