Bluetooth: Asas kepada Vehicle Infotaiment

 Kita semua menggunakan pelbagai alat komunikasi tanpa wayar setiap hari sama ada secara sedar atau sebaliknya. Radio dan TV menerima siaran melalui gelombang radio yang dipancarkan sejauh ratusan atau ribuan KM dari tmpat kita berada. Telefon tanpa wayar menggunakan konsep yang sama untuk menerima dan menghantar isyarat kepada set telefon yang berada di kawasan tertentu di dalam rumah. Semasa menggunakan WiFi, komputer menghantar dan menerima data daripada router yang bersambung kepada rangkaian Internet. Semua teknologi ini menghantar dan menerima isyarat dengan tanpa melibatkan penggunaan wayar sebaliknya isyarat dan data dihantar melalui gelombang radio dalam udara.


Bluetooth ialah teknologi gelombang radio yang direka untuk membuat hubungan komunikasi jarak dekat yang melibatkan jarak kurang daripada 10 meter. Kebiasaannya Bluetooth digunakan untuk memuat turun foto, membuat sambungan antara wireless mouse dan laptop, menyambungkan hand free headset kepada telefon dan sebagainya.


Peralatan Bluetooth mempunyai antenna terbina dalam yang terdiri daripada transmistter dan receiver yang berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat daripada peralatan lain yang mempunyai sambungan Bluetooth. Sambungan Bluetooth mempunyai 3 kelas:

Kelas 1 boleh beroperasi sehingga 100 meter;

·       Kelas 2 (yang paling banyak digunakan) boleh mencapai sehingga 10 meter; dan

·       Kelas 3 hanya boleh membuat sambungan sejauh 1 meter sahaja.


Bluetooth menghantar dan menerima gelombang radio 2.5 GHz dengan menggunakan 79 frekuensi (Channel) yang berbeza. Gelombang radio yang digunakan oleh peralatan Bluetooth tidak akan mengganggu peralatan lain seperti radio, televisyen, telefon atau peralatan perindustrian dan peranti perubatan. Secara teori rangkaian Bluetooth adalah lebih selamat berbanding rangkaian yang lain seperti rangkaian WiFi.


Peralatan Bluetooth berkebolehan untuk mengesan dan membuat sambungan dan berkomunikasi dengan satu hingga lapan buah peranti dalam sesuatu masa. Semasa membuat komunikasi antara peralatan setiap pasangan peralatan akan menggunakan salah satu daripada 79 saluran yang tersedia secara rawak. Jika satu saluran yang dipilih telah digunakan ia akan melompat ke saluran yang lain kaedah ini dikenali sebagai spread spectrum frequency hoping. Kaedah ini bertujuan untuk menghalang gangguan pada peralatan elektrik yang lain.


Apabila dua atau lebih peralatan Bluetooth berkongsi maklumat bersama, satu rangkaian komputer mini yang dipanggil sebagai Piconet akan terbentuk. Peralatan boleh masuk atau keluar dari Piconet pada bila-bila masa. Sebuah peralatan akan bertindak sebagai Mastr dan peralatan lain akan menjadi Slave dan mematuhi arahan Master.  Gabungan dua atau lebih Piconet dikenali sebagai Scatternet.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid