Langkau ke kandungan utama

Internet: Tulang Belakang IoT

 Untuk membolehkan dua buah komputer berkomunikasi di antara satu dengan yang lain ia perlu dihubungkan sama ada secara fizikal dengan menggunakan Ehternet Cable atau menggunakan sambungan tanpa wayar (WiFi atau Bluetooth). Semua komputer moden boleh membuat hubungan ini.



Untuk membuat sambungan setiap komputer memerlukan seutas kabel Ehternet dan sebuah ethernet port.



Rangkaian ini tidak terhad hanya kepada dua buah komputer sahaja. Anda boleh menghubungkan seberapa banyak komputer yang anda mahukan. Sebagai contoh jika anda ingin menyambungkan sepuluh buah komputer anda perlu menggunakan 45 utas kabel dan 9 port untuk setiap komputer.



Untuk memudahkan pemasangan, setiap komputer di dalam network disambungkan kepada sebuah komputer kecil yang dikenali sebagai router. Router berfungsi untuk memastikan bahawa mesej yang dihantar daripada sesebuah komputer sampai ke destinasi yang ditetapkan dengan tepat. Untuk komputer A menghantar mesej kepada komputer B, mesej akan dihantar kepada router yang bertindak menghantar mesej kepada komputer B dan bukannya kepada komputer lain yang berada di dalam network yang sama.


Untuk menyambungkan 10 buah komputer dengan menggunakan router kita hanya memerlukan 10 utas kabel, 1 network port untuk komputer dan 10 port network pada router. 



Network of Networks

OK sekarang kita telah berjaya menghubungkan 10 buah komputer, bagaimna pula jika ia melibatkan 100, 1,000 atau lebih komputer. Ya betul! Kita boleh mengabungkan beberapa buah router untuk tujuan ini. 


Dengan menghubungkan beberapa buah router kita boleh menghubungkan seberapa banyak komputer yang kita mahu.



Network yang diterangkan di atas boleh digunakan untuk menghubungkan komputer di dalam kawasan tertentu, bagaimana pula cara untuk menghubungkan komputer dari satu buah negara ke negara lain yang jaraknya ribuan KM. Kita tidak boleh memasang kabel yang begitu panjang. Untuk membina jaring lebih luas kita perlu menghubungkan kabel Eternet yang dipasang pada komputer kita kepada rangkaian yang berhubung dengan jaringan yang lebih luas seperti elektrik dan telefon.

Kabel telefon telah bersambung dengan hampir semua bangunan di dunia, kabel telefon ialah penyelesaian yang terbaik. Untuk menghubungkan komputer dengan telefon kita memerlukan peralatan khusus yang dikenali sebagai modem. Modem menukarkan maklumat yang diterima daripada komputer kepada maklumat yang mampu difahami oleh sistem telefon dan sebaliknya.


Setelah bersambung kepada talian telefon, langkah seterusnya ialah untuk menghantar mesej dari network asal ke destinasi yang ditetapkan. Untuk melakukan ini kita perlu membuat sambungan kepada Internet Service Provider (ISP). ISP seperti UNIFI, MAXIS dan CELCOM ialah syarikat yang menguruskan router khas yang bersambung dengan router yang diuruskan oleh ISP yang lain. Mesej yang dihantar dari kmputer kita akan dihantar ke router yang terdapat di ISP yang dilanggan dan seterusnya ISP berkenaan akan menghantar maklumat tersebut akan menghantar maklumat yang diterima kepada ISP yang menguruskan alamat yang menjadi destinasi. Keseluruhan infrastruktur ini dikenali sebagai Internet.


Sama seperti menghantar surat melalui perkhidmatan Pos atau khidmat penghantaran untuk memastikan surat atau bungkusan berkenaan sampai ke destinasi kita perlu menyatakan alamat penerima. Setiap komputer yang bersambung dengan Internet mempunyai alamat tersendiri yang dikenali sebagai Internet Protocol (IP Address). IP address adalah unik dan hanya boleh diguanakan oelh satu peralatan dalam satu masa. IP address terdiri daripada empat set nombor yang dipisahkan dengan dot, contohnya: 142.250.190.78.

 

Untuk memudahkan manusia mengingati IP address ini, IP address ditukarkan ke dalam bentuk ayat yang mudah diingati oleh manusia yang dikenali sebagai nama domain. Sebagai contoh nama domain untuk IP address 142.250.190.78 ialah Google.Com.

 


Internet dan Laman Web

Adakah internet dan Website itu sama? Website ialah himpunan webpage yang diletakkan di bawah nama domain yang sama. WEbpage memaparkan pelbagai maklumat seperti maklumat perniagaan atau organisasi yang terdiri daripada elemen seperti gambar, video, teks dan sebagainya.

Internet ialah infrastruktur yang mengabungkan berbilion komputer di seluruh dunia. Sebahagian daripada komputer ini digunakan sebagai webserver yang digunakan untuk menyimpan maklumat berkaitan webpage. Webserver ialah sebuah komputer yang berfungsi sebagai server sama seperti email server, Whatsapp server dan lain-lain.   

 

Intranet

Internet disambungkan ke seluruh dunia. Intranet ialah network peribadi yang digunakan untuk menghubungkan komputer tertentu di dalam sesebuah organisasi. Maklumat di dalam Intranet hanya boleh dikongsi kepada komputer yang berada di dalam jaringan yang sama sahaja.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas