Komponen Adaptive Cruise Control (ACC)


Rajah 6 menunjukkan komponen utama sistem ACC. Semua komponen di dalam sistem ACC dihubungkan dengan menggunakan rangkai perhubungan yang dikenali sebagai Controller Area Network (CAN).



ACC module, fungsi utama ACC module ialah untuk memproses maklumat yang diterima dari radar dan menentukan sama ada terdapat kenderaan di hadapan atau sebaliknya. Apabila radar mengesan kenderaan di hadapan, ACC module akan menghantar maklumat kepada Engine Control Module dan Brake Control Module untuk menetapkan jarak selamat di antara kenderaan ACC dengan kenderaan di hadapan.





Engine control module berfungsi untuk mengawal kelajuan kenderaan berdasarkan maklumat yang diterima daripada ACC module dan instrument cluster. Engine Control Module akan mengawal kadar pembukaan pendikit.

Brake control module berfungsi untuk mengawal kelajuan pusingan roda kenderaan untuk disesuaikan  kelajuan kenderaan, brek akan dikenakan kepada roda apabila ia diarahkan oleh ACC module.

Instrument cluster, fungsi utama instrument cluster di dalam sistem ACC ialah untuk memproses maklumat yang diterima daripada cruise switch dan menghantar maklumat tersebut kepada ACC dan engine control module. Instument cluster juga berfungsi untuk memaparkan mesej teks dan amaran kepada pemandu untuk membekalkan maklumat mengenai keadaan sistem ACC kepada pemandu.



Controller Area Network (CAN) merupakan sebuah rangkaian komunikasi automotif yang dibina menggunakan dua utas wayar (Can High dan Can Low) untuk menghantar dan menerima data. 





Suis Acc, suis ACC diletakkan berhampiran dengan roda stereng dan mempunyai beberapa butang yang boleh digunakan oleh pemandu untuk mengawal sistem ACC. Butang ini termasuk:
“On” – meletakkan sistem di dalam mode sedia.
“Off” – Mematikan fungsi ACC.
“Speed +” – menambah kelajuan
“Speed -”  - Mengurangkan kelajuan
“Resume” – Mengembalikan kelajuan kepada nilai yang telah dipilih
“Dist” – Menetapkan jarak antara kenderaan ACC dengan kenderaan di hadapan



Brake switch, apabila brake switch aktif fungsi ACC akan dibatalkan dan beralih kepada mode “standby”.

___________________________________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:
https://dropshippermillennial.com/dm70





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid