Pengenalan kepada kenderaan hybrid





Menurut kamus dewan, hibrid bermaksud kacukan. Mengikut definisi kenderaan hibrid ialah kenderaan yang menggunakan on board reachargable energy dan bekalan kuasa berasaskan bahan api untuk mengerakkan kenderaan.



Kenderaan ini kurang menggunakan bahan api dan menghasilkan kurang pencemaran. Kenderaan hibrid menggunakan tenaga kinetik yang dihasilkan semasa membrek untuk mengecas semula bateri dengan menggunakan sistem regenerative braking. Sesetengah kenderaan hibrid menggunakan enjin pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik yang berfungsi untuk memutarkan generator untuk sama ada mengecas bateri atau memberi kuasa terus kepada motor elektrik yang digunakan untuk memacu kenderaan. Keadaan ini digunakan semasa kelajuan rendah.

Pada asasnya, hibrid adalah kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalam (ICE) dan motor elektrik untuk memacu kenderaan. Di dalam sistem yang lebih kompleks,brake regenerative system berfungsi untuk menukarkan kuasa yang dihasilkan semasa membrek kepada tenaga yang boleh digunakan untuk mengecas semula bateri.


Kelebihan kenderaan dengan pacuan elektrik
Kelebihan
Hybrid Electric Vehicle
(HEV)
Plug-In Hybrid Electric Vehicles (PHEV)
All-Electric Vehicles
(EV)
Penjimatan bahan api
Lebih baik berbanding kenderaan konvensional yang mempunyai kuasa yang sama
Kadar penjimatan Honda civic hybrid berbanding civic konvensional ialah 38% lebih jimat untuk pemanduan jalan biasa dan 28% lebih jimat di lebuh raya.
Lebih baik berbanding kenderaan konvensional dan HEV  yang mempunyai kuasa yang sama
PHEV dapat menjimatkan bahan api antara 40% hingga 60% berbanding kenderaan konvensional, kenderaan ini juga boleh dipandu secara elektrik sepenuhnya pada kelajuan rendah dan tinggi.
Tidak menggunakan bahan api berbentuk cecair.

Pengurangan pencemaran
Kadar pencemaran adalah lebih rendah berbanding kenderaan konvensional yang mempunyai kuasa yang sama
Kadar pencemaran HEV berbeza mengikut jenis dan model kenderaan
Kadar pencemaran adalah lebih rendah kenderaan konvensional dan HEV yang mempunyai kuasa yang sama
Oleh sebab PHEV boleh digerakkan secara elektrik kadar pencemaran dapat dikurangkan dengan lebih banyak
Pencemaran sifar
Tiada pencemaran dihasilkan oleh kenderaan, walau bagaimanapun pencemaran terhasil daripada proses penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan diesel dan arang batu.

Kaedah mengisi bahan api
Boleh diisi semula di stesen minyak atau rumah (cas bateri)
Boleh diisi semula di stesen minyak atau rumah (cas bateri)
Hanya boleh diisi semula dengan mengecas bateri



__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid