Kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV)



BEV merujuk kepada kenderaan elektrik yang dilengkap dengan fungsi regenerative braking system. Kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV) digerakkan oleh motor yang mendapat bekalan kuasa daripada bateri. BEV boleh dicas dengan menggunakan bekalan kuasa elektrik domestik. Walaupun penghasilan tenaga elektrik domestik menghasilkan pencemaran, kenderaan BEV dianggap sebagai bebas pencemaran (zero emmission) kerana motor tidak menghasilkan pencemaran. Oleh sebab BEV tidak mempunyai enjin pembakaran dalam, tiada bahan api digunakan untuk mengerakkan kenderaan ini secara langsung.

Pada masai ini kebanyakan kenderaan BEV hanya boleh digerakkan sejauh 160Km. Mengikut kajian di USA, 90% pengguna kenderaan di USA pada kebiasaannya hanya bergerak sejauh 160Km dari rumah mereka.

Kenderaan elektrik sepenuhnya digerakkan sepenuhnya dengan kuasa elektrik, tiada enjin pembakaran dalam terlibat. Bateri voltan tinggi dalam kenderaan ini boleh dicas semula dengan 2 cara iaitu dengan regenerative braking system atau pengecas luaran 230V dengan menggunakan soket bekalan kuasa dan kabel pengecas. Sistem ini turut dilengkapi dengan sumber bekalan kuasa 12V. Motor elektrik mengerakkan roda melalui kotak gear pengurangan (reduction gear box) dan unit karbeza (differential unit).

Kenderaan ini dikendalikan dengan cara yang sama seperti kenderaan dengan kotak gear automatik. Kotak gear pengurangan mengandungi mechanical parking lock. Kotak gear ini juga mempunyai kedudukan “B” (regenerative braking). Pada kedudukan ini, sistem akan membekalkan mengecas semula bateri melalui proses regenerative braking system apabila pedal pemecut dilepaskan. Kenderaan boleh dipandu menuruni bukit dengan tanpa perlu menekan brek.

Kenderaan elektrik sepenuhnya 


Pemanduan elektrik

Kenderaan elektrik boleh dipandu secara elektrik dengan cara yang sama dengan kenderaan hibrid penuh. Bateri voltan tinggi membekalkan kuasa elektrik kepada power electronic. Power electronic menukarkan voltan arus terus kepada arus ulang-alik untuk mengerakkan motor elektrik.

Pemanduan dengan motor elektrik


Regenerative braking

Jika kenderaan elektrik meluncur (bergerak dengan tanpa bantuan motor elektrik), sebahagian daripada tenaga kinetik akan dibekalkan kepada bateri voltan tinggi melalui motor elektrik yang berfungsi sebagai alternator.

Regenerative braking


Kawalan suhu semasa kenderaan pegun

Jika kenderaan berhenti atau berada dalam kesesakan lalu lintas, tiada kuasa akan dibekalkan untuk mengerakkan motor elektrik. Pemampat penyaman udara akan digerakkan dengan menggunakan bekalan kuasa dari bateri voltan tinggi.

Kawalan suhu semasa kenderaan pegun


Mengecas luaran

Kabel pengecas disambungkan ke kenderaan melalui charging contact. Apabila bekalan kuasa elektrik untuk mengecas bateri voltan tinggi dikesan oleh unit kawalan, dua buah geganti perlindungan akan tertutup. Proses mengecas bermula.

Proses mengecas akan diberhentikan apabila kapasiti yang ditetapkan tercapai. Bekalan elektrik yang diperlukan semasa proses mengecas dibekalkan melalui sumber bekalan kuasa luar.

Mengecas luaran


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid