Binaan asas kenderaan elektrik




Pada asasnya kenderaan elektrik dibina daripada 3 komponen utama iaitu:

  • Motor elektrik.
  • Sistem kawalan.
  • Bateri. 


Alat kawalan (controller) menarik kuasa dari bateri dan menghantarnya kepada motor. Pedal pemecut (accelerator pedal) dipasang kepada sepasang potentiometer (variable     resistor), potentiometer berfungsi untuk menghantar isyarat untuk memberitahu berapa banyak kuasa yang perlu dihantar kepada motor. Apabila kenderaan diberhentikan tiada kuasa dihantar, sebaliknya apabila pedal ditekan sepenuhnya, kuasa maksimum akan diterima oleh motor. Kadar penghantaran kuasa adalah berkadaran dengan kedudukan pedal pemecut.



Kenderaan elektrik terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:

  • Motor 
  • Kotak gear 
  • Pengecas (Charger) 
  • Penyongsang (Inveter) 
  • Bateri voltan tinggi (HV battery) 
  • Bateri tambahan (auxillary battery)

Di dalam kenderaan elektrik fungsi enjin pembakaran dalam (ICE engine) diambil alih oleh motor elektrik. Selain daripada itu oleh sebab tiada enjin di dalam kenderaan ini sistem-sistem berikut turut digerakkan dengan bantuan kuasa elektrik. 
  • Sistem stereng kuasa
  • Pam air penyejuk
  • Kipas penyejuk
  • Sistem penyaman udara
  • Sistem brek


1.    Electric motor/generator.
2.    Gearbox with differential
3.    Power electronics.
4.    High voltage line.
5.    High voltage battery.
6.    Electronics box with control unit for battery regulation.
7.    Cooling system.
8.    Brake system.
9.    High voltage air conditioner compressor.
10.  High voltage heating.
11.  Battery charger.
12.  Charging contact for external charging.
13.  External charging source.



__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:







  





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid