Jenis elektrolit bateri



Elektrolit merupakan sebatian kimia, sama ada leburan atau larutan, yang mengalirkan arus elektrik dan terurai oleh arus tersebut. Elektrolit dalam bateri terdiri daripada 2 jenis iaitu 

  1. Elektrolit cecair. 
  2. Elektrolit beku. 




Cecair bateri biasanya dipanggil elektrolit. Dalam bateri asid plumbum (lead –acid battery), elektrolit terdiri asid sulfurik cair. Kandungan asid sulfurik dalam bateri bercas penuh ialah 38%, selebihnya 62% terdiri daripada air suling. Oleh sebab elektrolit mengandungi ion yang boleh bergerak bebas, ia membenarkan pengaliran arus elektrik di antara elektrod berlaku.



Jisim asid sulfurik adalah lebih tinggi berbanding air. Apabila bateri di nyahcas, sebahagian daripada asid akan bertukar menjadi air. Ini menyebabkan kadar graviti tentu dalam elektrolit berkurangan. Semakin tinggi cas dalam bateri semakin tinggi kadar graviti tentu elektrolit.



Elektrolit berbentuk gel digunakan untuk mengelakkan masalah kebocoran asid bateri. Elektrolit jenis ini dibentuk dengan mencampurkan asid silisik kepada asid sulfurik.



 

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid