CAN Bus - Data Bus



Data bus boleh dianggap sebagai jalan yang digunakan untuk menghantar data. Semakin lebar jalan, semakin banyak data boleh dihantar dalam sesuatu masa. Data bus kelajuan rendah boleh dianggap sebagai jalan raya satu lorong, manakala data bus kelajuan tinggi umpama lebuh raya 4 lorong. 


Data bus boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama iaitu:
  • LIN Bus 
  • Low Speed CAN Bus 
  • High Speed CAN Bus



LIN Bus merupakan rangkaian yang disambungkan secara selari, yang digunakan untuk menghubungkan pelbagai komponen di dalam kenderaan. Kos penghasilan LIN Bus adalah lebih murah berbanding dengan CAN Bus.

LIN Bus juga dikenali sebagai “single wire bus”, sistem hanya boleh menghubungkan komponen di dalam ruang yang terhad contoh bumbung kenderaan. Ia terdiri daripada 1 modul kawalan “master” dan 16 modul kawalan “slave”. Kelajuan penghantaran data ialah 20 kbit/saat, ia ditentukan oleh software yang digunakan di dalam modul kawalan LIN. Kadar kelajuan maksimum ialah 1/5 dari kadar kelajuan Low speed CAN di dalam kenderaan.

 

Low speed CAN bus biasanya digunakan untuk sistem yang tidak memerlukan kelajuan tinggi seperti sistem hiburan dan maklumat (infotainment) dan sistem keselesaan (convenience system).



K wire digunakan untuk menghubungkan modul kawalan kepada diagnosis plug untuk mengesan kerosakan.


High speed CAN digunakan untuk menghubungkan modul kawalan yang penting seperti enjin, kotak gear dan brek




__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid