Controlled Area Network (CAN) Bus - Asas



CAN (Controller Area Network) bermaksud semua unit kawalan (ECU) dihubungkan dalam rangkaian (network) untuk membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Sistem ini direka untuk membolehkan maklumat dikongsi dengan lebih cekap dan mengurangkan penggunaan ruang dan perkakasan dalam kenderaan.

CAN (Controlled Area Network) data Bus boleh dibandingkan dengan sebuah bas yang boleh membawa penumpang yang ramai. CAN data Bus digunakan menghantar maklumat yang banyak.


Tanpa CAN Bus seutas wayar hanya boleh digunakan untuk menghantar satu maklumat sahaja, ini bermakna jika terdapat 100 maklumat perlu dihantar terdapat 100 wayar perlu disambung kepada unit kawalan enjin (ECU).



Dengan menggunakan CAN Bus perkongsian maklumat dilakukan dengan hanya menggunakan 2 wayar sahaja.



CAN Bus ialah cara penghantaran data daripada unit kawalan ke unit kawalan yang lain. Melalui kaedah ini semua ECU digabungkan di dalam satu rangkaian yang sama.


Kelebihan CAN Bus


  • Jika terdapat data baru yang perlu dikongsi, perubahan hanya perlu dibuat pada perisian (software) dalam unit kawalan sahaja. 
  • Jumlah sensor dan wayar dapat dikurangkan melalui perkongsian maklumat. 
  • Kadar kesilapan data dapat dikurangkan kerana kesahihan data sentiasa diperiksa. 
  • Pertukaran data dapat dilaksanakan dengan pantas. 
  • Membolehkan unit kawalan bersaiz yang lebih kecil digunakan.

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid