Jenis getaran - Brek bergegar



Getaran daripada sistem brek dialirkan kepada pedal brek melalui saluran hidraulik brek kepada sistem gantungan, sistem stereng dan pedal brek. Denyutan pedal brek terhasil apabila pedal brek yang mempunyai diameter gelendong yang tidak seragam atau ketebalan cakera brek yang tidak seragam ditekan.

Getaran brek menyebabkan panel instrumen, stereng dan kadang-kadang seluruh badan kenderaan bergetar secara menegak dan ke depan dan ke belakang semasa brek ditekan. Apabila brek ditekan semasa roda sedang berputar, denyutan pada pedal brek akan terhasil, ia boleh berlaku pada sebarang keadaan membrek dan kelajuan kenderaan. Biasanya, getaran brek mencapai kemuncaknya pada 40 hingga 50 mph (60 hingga 80 kilometer sejam) dan mempunyai frekuensi antara 5 hingga 30 Hz.



Keadaan operasi tertentu boleh memberi kesan kepada punca getaran ini. Ini termasuk:
  • Kenderaan tidak digunakan untuk satu jangka masa yang lama
  • Terdapat bendasing atas permukaan cakera brek (seperti minyak, gris dan lain – lain).
  • Berlaku ubah bentuk pada cakera atau gelendong brek akibat kesilapan semasa pemasangan.

Jika rotor cakera mempunyai perbezaan ketebalan yang berlebihan, daya geseran yang terhasil pada permukaan brek yang berbeza-beza semasa brek ditekan. Perubahan daya membrek menghasilkan getaran pada frekuensi tertentu. Getaran ini akan dialirkan kepada pedal brek melalui sistem gantungan, stereng dan pedal brek. Getaran ini mungkin disalurkan ke badan kenderaan dan menyebabkan ia bergetar.

Punca utama cakera brek bergetar ialah ketebalan yang tidak seragam. Perbezaan ketebalan boleh disebabkan oleh rotor yang mempunyai runout sisi. Runout bermaksud cakera tidak berputar dalam bentuk bulatan seperti mana yang sepatutnya. Runout sisi mungkin disebabkan oleh tidak mengikut prosedur yang betul semasa mengetatkan nat tayar, nat tidak diikat mengikut tork yang betul serta hab runout. Apabila rotor bergegar akibat dari runout sisi, ia akan bersentuh pelapik brek. Apabila rotor bersentuhan dengan pelapik brek sebahagian dari logam akan terhakis daripada permukaan cakera. Apabila perkara ini berterusan, ketebalan cakera akan menjadi tidak seimbang. Ini merupakan sebab utama kenapa roda perlu diikat mengikut prosedur yang betul.

 

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid