NVH - Jenis – jenis kebisingan



Terdapat boleh pelbagai jenis kebisingan yang berkaitan dengan kenderaan. Pengelasan bunyi membantu juruteknik dalam menyelesaikan masalah dan membaiki kenderaan pelanggan. Kebisingan ialah bunyi yang tidak menyenangkan atau tidak dijangka yang dihasilkan oleh objek bergetar. Istilah yang digunakan untuk menggambarkan bunyi kebisingan pada kenderaan termasuk:
  • Dengung (droning)
  • Paluan (beat)
  • Bunyi jalan
  • Brek berkiut (brake squeal)

Frekuensi getaran bunyi adalah lebih tinggi daripada apa yang hanya boleh dirasai oleh tubuh manusia, selalunya antara 20 dan 500 Hz. Bunyi tertentu boleh dikaitkan dengan sistem komponen kenderaan seperti komponen enjin, sistem pacuan, gandar, brek, atau badan kenderaan. 

Dalam situasi lain, bunyi boleh dialirkan melalui badan kenderaan. Sebagai contoh, kicauan yang disebabkan bunyi geseran brek boleh didengar pada bidang panel peralatan, sedangkan pada hakikatnya, ia dihasilkan oleh brek belakang. Bunyi itu dialirkan melalui kabel brek letak kereta (parking brake cable). Berikut ialah pendekatan yang sistematik untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan NVH.

Sesuatu bunyi mungkin mengganggu sesetengah orang, manakala bagi orang lain merasa ia boleh diterima, contohnya muzik rock keras. Bunyi automotif boleh didengar pada kelajuan tertentu atau dalam keadaan memandu yang tertentu. Di dalam sesetengah keadaan bunyi yang didengari oleh pelanggaran merupakan bunyi yang normal, sebagai contoh unit gear yang dipacu, seperti pemacu gandar automotif, menghasilkan sejumlah bunyi bising. Dalam menangani masalah ini, ia adalah penting untuk mengetahui apa keadaan normal dan menjelaskan kepada pelanggan dengan menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh mereka. Berusaha untuk membaiki kenderaan yang tidak bermasalah boleh menjadi satu perkara yang sukar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid