Noise, vibration and harshness (NVH) - Pengenalan



Pada hari ini komponen kenderaan dihasilkan dengan menggunakan logam ringan. Penggunaan logam ringan ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat keseluruhan kenderaan malah ia juga mengurangkan penghasilan enap cemar dan menjimatkan bahan api. Komponen kenderaan yang ringan ini tidak mempunyai kebolehan untuk menyerap bunyi dan getaran seperti mana yang dimiliki oleh komponen-komponen yang lebih berat. Ini membawa kepada peningkatan dalam masalah kebisingan, getaran dan pergerakan kasar dalam kenderaan.



Bunyi bising atau getaran badan kenderaan yang terjadi semasa kenderaan sedang dipandu bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak selesa pada pemandu malah bunyi bising dan getaran yang terhasil ini juga akan menimbulkan perasaan bimbang berkaitan kerosakan yang sedang berlaku atau kerosakan yang mungkin akan berlaku pada kenderaan tersebut.  Getaran badan kenderaan dan bunyi bising ini dikenali sebagai “vibration and noise” (NV).



Berusaha untuk mencari punca masalah getaran dan bunyi bising dengan tanpa asas teori adalah usaha yang sia–sia dan memerlukan tempoh masa yang lama. Untuk menyelesaikan masalah kebisingan dan getaran juruteknik mesti mempunyai pengetahuan berkaitan mekanisme yang menghasilkan bunyi bising dan kaedah yang betul untuk mengesan dan membaiki kerosakan tersebut.

 

__________________________________________________________

Nak tahu cara untuk menambah pendapatan?
Langkah pertama untuk menambah pendapatan ialah dengan menambah ilmu!
Jom tingkatkan ilmu jualan dan pemasaran.
Nak jual apa?

Jualan adalah berkaitan menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Klik link ini sebagai tanda support:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Komponen utama kenderaan hibrid