Enjin akan hanya dimatikan secara automatik apabila
syarat–syarat berikut dipenuhi:
- Suhu cecair penyejuk berada julat yang ditetapkan.
- Suhu udara luar berada julat yang ditetapkan.
- Suhu dalam kenderaan berada julat yang ditetapkan.
Suhu dalam kenderaan mesti berada pada tahap yang
ditetapkan, jika suhu dalam kenderaan tidak mengikut tahap yang ditetapkan
semasa sistem penyaman udara (aircond) sedang beroperasi, enjin tidak akan
dimatikan.
- Aircond compressor tidak aktif.
Jika aircond compressor sedang bekerja untuk mencapai
suhu yang ditetapkan di dalam kabin. Enjin tidak akan dimatikan.
- Bateri mempunyai cas yang cukup untuk menghidupkan enjin.
Jika cas di dalam bateri tidak mencukupi. Enjin
tidak akan dimatikan. Untuk memastikan semua peralatan elektrik mendapat
bekalan kuasa yang diperlukan. Untuk memastikan enjin boleh dihidupkan semula.
- Tali pinggang keselamatan sedang dipasang.
Jika tali pinggang keselamatan tidak dipasang. Enjin
tidak akan dimatikan. Mungkin pemandu
keluar dari kenderaan dengan tanpa mematikan enjin. Jika enjin mati secara
automatik, ia mungkin akan hidup semula semasa pemandu berada di luar
kenderaan.
- Pintu di sebelah pemandu ditutup
Jika pintu di bahagian pemandu terbuka. Enjin
tidak akan dimatikan. Mungkin pemandu keluar dari kenderaan dengan tanpa
mematikan enjin. Jika enjin mati secara automatik, ia mungkin akan hidup semula
semasa pemandu berada di luar kenderaan.
- Stereng tidak diputar
Jika stereng
diputar. Enjin tidak akan dimatikan. Apabila stereng diputar, kuasa enjin diperlukan untuk memutarkan stereng.
Ulasan
Catat Ulasan