Masalah berkaitan
sistem brek yang terjadi pada sistem brek ialah brek berkiut. Brek berkiut
ialah keadaan di mana sistem brek menghasilkan bunyi yang nyaring. Jika bunyi
ini hanya terhasil pada permulaan pergerakan kenderaan ia mungkin disebabkan
oleh lembapan yang terdapat pada pelapik brek.
Bunyi brek
berkiut ini juga boleh dihasilkan oleh geseran antara komponen brek semasa
membrek. Komponen brek yang haus atau rosak boleh menghasilkan getaran
menyebabkan brek berkiut. Frekuensi bunyi yang dihasilkan dipengaruhi oleh
tekanan pedal brek, kelajuan kenderaan dan suhu brek.
Brek gelendong
pada awalnya mengeluarkan bunyi yang bernada rendah dan bertambah nyaring
selari dengan pertambahan tekanan pedal brek. Brek cakera biasanya menghasilkan
bunyi berkiut yang nyaring di bawah tekanan pedal yang lembut.
Sumber-sumber
utama bunyi brek berkiut adalah:
- Kehausan pada kekasut brek
- Ketebalan cakera atau gelendong brek yang tidak seragam
- runout berlebihan
- Kerosakan atau pencemaran permukaan geseran
Masalah ini boleh
diatasi dengan membuat penggantian atau pembaikan seperti yang dicadangkan oleh
pengeluar kenderaan. Semua komponen brek hendaklah dibersihkan semasa membuat
kerja menservis sistem brek.
Ulasan
Catat Ulasan