Langkau ke kandungan utama

Connected Car: Pengenalan

 Connected Car atau Internet of Vebicle (IoV) merujuk kepada kehadiran peralatan di dalama kenderaan yang berhubung dengan peralatan lain yang berada di dalam kenderaan yang sama ataupun peralatan, network atau perkhidmatan yang berada di luar kenderaan termasuk kenderaan lain, rumah, pejabat atau infrastruktur.

Peralatan elektronik di dalam kenderaan dikawal dengan menggunakan electronic Control Unit (ECU). Terdapat pelbagai jenis ECU di dalam kenderaan seperti Engine Management, ABS, ESP, Aircond dan sebagainya.


Rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan peralatan di dalam kenderaan dikenali sebagai Controller Area Network (CAN Bus), Local Interconnect Network (LIN Bus),  Media Oriented Systems Transport (MOST Bus) dan FlexRay.



High speed CAN Bus digunakan untuk menghubungkan ECU yang melibatkan sistem kawalan enjin dan sistem keselamatan kenderaan, manakala Low Speed CAN Bus digunakan untuk menghubungkan sistem body control. MOST Bus digunakan untuk menghubungkan sistem Infotaiment, Radio dan GPS.

LIN Bus merupakan alternatif kepada Low Speed CAN Bus. LIN Bus diperkenalkan untuk mengurangkan kos. CAN Bus menggunakan 2 utas twisted wire 5V, manakala LIN Bus menggunakan hanya seutas wire 12V. LIN Bus digunakan untuk menghantar maklumat yang kurang penting. CAN Bus menggunakan 11 atau 29 bit identifier, manakala LIN menggunakan 6 bit identifier. Kelajuan maksimum CAN Bus ialah 1 Mbit/s manakala kelajuan maksimum LIN Bus ialah 20 kbit/s.

FlexRay merujuk kepada rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan peralatan yang menggunakan konsep X by wire seperti Brake-By-Wire, Steer-By-Wire dan Drive-By-Wire Systems. 



Akses Internet lazimnya dihubungkan kepada Local Area Network (LAN). Ramai pakar bersependapat bahawa IoV adalah sebahagian daripada Internet of Thing.

Sambungan Internet boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti kesesakan lalulintas, kemalangan dan lain-lain amaran keselamatan. Perisian seperti Google Map dan Waze juga boleh memberi anggaran masa yang diperlukan untuk sampai ke sesuatu destinasi berdasarkan kepada keadaan trafik semasa.

Fungsi yang terdapat di dalam Connected Car boleh dibahagikan kepada beberapa kategori; 

  • Keselamatan;
  • Tunjuk arah;
  • Infotaiment;
  • Diagnosis/prestasi; dan 
  • Pembayaran.

 


Infotainment

Pada hari ini manusia boleh mendengar muzik, audio atau Podcast melalui Internet yang disambungkan dengan menggunakan peralatan seperti telefon pintar atau tablet yang bersambung ke internet. 

Voice command dan hands free contol seperti Google Assistant memboleh pemilik peralatan pintar memberi arahan kepada peralatan mereka untuk melakukan sesuatu tugasan seperti “mainkan muzik” atau mencari lokasi sesuatu tempat.

Bluetooth digunakan membuat sambungan ke telefon selular atau telefon pintar untuk membuat dan menerima panggilan. Kebiasaannya sebuah mikrofon dan pembesar suara akan dipasang berhampiran dengan tempat duduk pemandu untuk membolehkan mereka bercakap dan speaker kenderaan digunakan untuk membolehkan pemandu mendegar. Buletooth juga boleh digunakan untuk memainkan muzik daripada peralatan seperti iPod, iPhone, telefon pintar dan tablet.

Sesetengah kenderaan seperti Chevy Malibu 2015 dan Volvo dilengkapi dengan built in sim card slot untuk membuat sambungan 4G Wifi hotspot. Selain dari menggunakan built in sim card slot, sambungan 4G WiFi Hotspot boleh diwujudkan dengan menggunakan empat cara iaitu menggunakan telefon pintar, Mobile 4G WiFi modem, 4G OBD dongle with wifi hotspots atau mobile wireless router.



Bantuan/Tawaran Pertolongan 

Salah satu fungsi terbaru di dalam Connected Vehicle ialah komputer mempelajari kecenderungan pemandu (perkara yang biasa dibuat oleh pemandu) dan menawarkan bantuan, sebagai contoh apabila minyak di dalam tangki telah kurang, komputer akan menunjukkan arah ke stesen minyak berdekatan atau apabila pemandu berkata “saya lapar”, komputer akan menunjukkan lokasi restoran yang berhampiran.

 

Keselamatan

Bantuan kecemasan atas jalan (Road Side Assistance) Internet boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan dengan cepat apabila kenderaan mereka mengalami masalah seperti rosak atau terlibat dengan kemalangan. Sistem bantuan kecemasan juga boleh disambungkan kepada pihak berkuasa dan penyelamat seperti Bomba dan Ambulans. Kajian membuktikan bahawa sistem bantuan kecemasan berupaya mengurangkan kadar kecederaan dan mengurangkan kadar tuntutan insurans.

Apabila kenderaan dihubungkan kepada aplikasi seperti Google Map dan Waze; Perisian tersebut boleh membantu pemandu untuk mengenal pasti kesesakan lalu lintas, kemalangan, jalan berlubang, halangan dan sebagainya.

Kenderaan boleh berkomunikasi dengan peralatan lain seperti kenderaan (Vehicle-to-Vehicle(V2V), penjalan kaki (Vehicle-to-Pedestrian/Phone (V2P)) atau sebarang peralatan lain (Vehicle-to-Everything (V2X)).


Sistem Diagnostik

Fungsi seperti Vehicle Remote Health Monitoring and Prognostic Maintenance System berfungsi untuk memberitahu pemandu mengenai keadaan semasa kenderaan. Sistem in akan memberitahu pemandu sekiranya kenderaan perlu diservis atau terdapat kerosakan dalam sistem kenderaan.


Sistem bayaran 

Aplikasi seperti Touch N Go dan Setel membenarkan pemandu membuat bayaran dengan tanpa keluar dari kenderaan. Aplikasi Touch N Go yang digabungkan dengan RFID tag membenarkan pemandu melepasi palang tol dengan tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Aplikasi Setel membolehkan pemandu mengisi petrol dengan tanpa perlu membuat bayaran di kaunter.


https://www.autoconnectedcar.com/definition-of-connected-car-what-is-the-connected-car-defined/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas