Langkau ke kandungan utama

Internet of Thing: Satu Permulaan

Internet ialah rangkaian besar yang menghubungkan komputer yang terdapat di seluruh dunia berhubung di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini berkomunikasi di antara satu dengan lain dengan menggunakan Internet protocol suite (TCP/IP). Internet terdiri daripada Local Area Network (LAN) dan Wide Area NEtwork (WAN). Sambungan internet boleh diperoleh sama ada dengan menggunakan fizikal network atau WiFi connection.



Secara asas sambungan internet berlaku apabila client seperti komputer dan smart phone  disambungkan kepada server untuk mendapatkan data (request). Setelah menerima permintaan daripada client, server akan menghantar data yang diperlukan oleh client. Sebagai contoh apabila kita menaip “What Is Internet?” di laman carian Google, pertanyaan tersebut akan dihantar ke server Google. Seterusnya Google akan menghantar maklumat yang tersimpan di dalam databasenya ke komputer kita. 



Internet of Thing (IoT) merujuk sistem yang menghubungkan peralatan komputer, mesin mekanikal dan digital, objek, haiwan atau manusia yang ditandakan dengan menggunakan unique identifiers (UID). Sistem IoT direka untuk menghantar maklumat melalui rangkaian komputer tanpa memerlukan campur tangan manusia.

Thing di dalam Internet boleh terdiri daripada manusia yang memakai heart monitor implant, smart phone atau smart device, haiwan yang dipasang biochip transponder, kenderaan yang dipasang dengan penderia atau sebarang benda yang boleh ditandakan dengan UID yang mempunyai keupayaan untuk menghantar data melalui rangkaian komputer.

UID ialah data berbentuk “string” yang terdiri daripada huruf, nombor atau simbol dan disusun mengikut susunan tertentu untuk membentuk teks. UID boleh terdiri daripada Internet Address (IP), alamat email, username, poskod, no telefon, nombor kad pengenalan dan sebagainya. 



Industri menggunakan IoT untuk mengutip data mengenai kecenderungan manusia mengenai sesuatu perkara seperti cara penggunaan produk, warna pilihan, tempat membeli, kaedah bayaran dan sebagainya.


Bagaimanakah IoT bekerja?
Ecosistem IoT terdiri daripada web-enabled smart devices seperti processor, sensor dan peralatan komunikasi yang digunakan untuk mengumpulkan dan menghantar data yang diperoleh daripada persekitaran. Data yang diperoleh oleh sensor IoT akan disimpan dan di analisa secara local atau disimpan di dalam Cloud melalui perantaraan Internet. Dalam keadaan tertentu peralatan ini boleh berhubung dengan peralatan lain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Di dalam kebanyakkan keadaan proses berlaku dengan tanpa memerlukan campur tangan manusia. Manusia hanya terlibat untuk membuat set up, memberi arahan atau mengakses data.



IoT boleh digabungkan dengan AI dan machine learning untuk menjadikan proses membuat keputusan menjadi lebih dinamik, tepat dan cepat.

Kepentingan IoT
IoT dicipta untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada manusia, memudahkan manusia mengawal kehidupan mereka. Selain daripada fungsi Smart Home, IoT turut digunakan oleh pemilik perniagaan untuk membantu mereka memantau perniagaan mereka secara Real Time. IoT membolehkan pelbagai perkara berkaitan aktiviti perniagaan seperti bekalan bahan mentah, kadar produktiviti, keadaan mesin semasa dan sebagainya semasa dipantau dari jauh. IoT boleh digunakan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan mengautomasikan proses pengeluaran dan penghantaran. IoT juga boleh digunakan untuk mengurangkan pembaziran.

Peladang boleh menggunakan IoT untuk mengawasi ladang mereka, mereka boleh memperoleh maklumat seperti kelembapan tanah, keadaan cuaca dan sebagainya dengan mudah.

IoT juga boleh digunakan untuk mengawasi keadaan infrastruktur seperti jalanraya, bangunan, jambatan dan sebagainya. Melalui maklumat yang dikumpul pihak berkuasa boleh menentukan keadaan trafik semasa dan mencadangkan laluan alternatif kepada pemandu atau merancang cara untuk menambaik infrastruktur pada masa akan datang.

Melalui penggunaan peranti Smart Home pengguna boleh memantau penggunaan elektrik di dalam rumah mereka, menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh peralatan di dalam rumah pengguna boleh merancang cara untuk menggunakan peralatan elektrik di dalam rumah dengan cara yang lebih berkesan.

 

IoT standards and frameworks

Terdapat beberapa kaedah untuk membina hubungan daripada peralatan ke Internet antaranya ialah menggukan Internet Protocol (IP), Bluetooth dan WiFi.

Pada masa ini terdapat dua jenis IP iaitu IPV4 dan IPV6. IPV4 merujuk kepada Internet Protocol Version 4. Teknologi ini menggunakan 32 bit address yang boleh 4,294,967,296 unique addresses. Contoh adress IPV4 ialah 192.0.2.235. IPV6 merujuk kepada IP yang menggunakan hexadecimal format, contoh format address IPV6 ialah 2001:0db8:85a3:0000:0000:8a2e:0370:7334.

Bluetooth ialah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pertukaran data antara peralatan berlaku di dalam satu jarak tertentu. Tujuan utama Bluetooth ialah untuk menghapuskan penggunaan wayar dalam proses menghantar dan menerima data. Jarak komunikasi antara peralatan yang menggunakan Bluetooth ialah 10 meter. Untuk membolehkan pertukaran data berlaku kedua-dua peralatan mesti sentiasa berada dalam keadaan berhubung (connected). 



Wi-Fi merujuk kepada teknologi tanpa wayar yang digunakan untuk menghubungkan komputer, tablet, smartphone dan peralatan lain ke Internet. Wi-Fi merujuk kepada signal radio yang dihantar daripada wireless router kepada peralatan yang berada berhampiran dengannya dan menukarkan signal tersebut kepada data yang boleh dilihat difahami oleh pengguna. Sambungan ke Internet boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan Wireless Router, Desktop Wi-Fi Router, Mobile Hotspot atau Portable Wi-Fi Hotspot.

 



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga 10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik.   Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada cara kenda

Fungsi sistem pelinciran kenderaan

Sistem pelinciran merupakan sistem yang penting di dalam enjin kenderaan.  Pemilik kenderaan hendaklah memastikan bahawa minyak pelicir yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan enjin semasa dan kuantiti minyak pelincir yang terdapat di dalam enjin sentiasa berada pada paras yang mencukupi. Fungsi utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekal minyak pelincir ke komponen enjin yang bergerak seperti aci engkol (crankshaft), omboh (piston), rod penghubung (connecting rod), pemasangan injap (valve mechanism) dan gear.  Cylinder head Cylinder Block Valve Mechanism Piston Crankshaft Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kuantiti enjin yang tidak mencukupi akan menimbulkan kerosakkan seperti  silinder menjadi calar, bearing terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor, gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan kadar penggunaan bahan api meningkat . Sistem pelinciran juga berfungsi untuk: Mengurangkan geseran dan kehausan

Komponen utama kenderaan hibrid

Kenderaan hybrid terdiri daripada: •        Enjin pembakaran dalam •        Motor Generator 1 (MG1) •        Motor Generator 2 (MG2) •        Planetary gear set •        Inverter •        HV battery •        HV ECU   Komponen utama kenderaan hybrid                                Motor generator 1 (MG 1) MG 1 berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dan berfungsi sebagai motor penghidup (starter motor) untuk menghidupkan enjin. Ia mengandungi elemen kawalan untuk memisahkan planetary gear set yang berfungsi untuk mengawal fungsi continous variable gear ratio pada transaxle .. Ia juga berfungsi untuk mengecas bateri voltan tinggi (HV battery) serta membekalkan kuasa elektrik kepada MG2. Kedudukan MG1 pada enjin               Motor generator 2 (MG 2) Berfungsi untuk mengerakkan kenderaan pada kelajuan rendah (Engine “off”). Ia juga digunakan untuk menghasilkan tenaga tambahan semas